Wednesday, April 15, 2009

SELAMAT DATANG KE LAMAN PUSAT SUMBER SK. BATU BERTANGKUP




SEJARAH SEKOLAH


Sejarah sekolah bermula dari tahun 1965 hingga 1970 sebagai “kelas dewasa”. Ia diiktiraf sebagai sekolah kerjaan pada tahun 1971 dan diketuai oleh En. Ahmad b. Ismail. Pada mulanya sekolah ini hanya ada dua bilik darjah. Pihak tentera darat Malaysia menambah satu lagi bilik darjah menjadi tiga.
Sekolah juga bermula sebagai cawangan Sekolah Kebangsaan Dato’ Kayaman, Chuping, Perlis. Muridnya terdiri dari murid darjah satu hingga darjah tiga sahaja.
Pada tahun 1975 Kementerian Pendidikan Malaysia telah mendirikan sebuah sekolah baru yang mengandungi satu blok bangunan dua tingkat, sebuah kantin dan padang permainan di lokasi baru (sekarang) dengan keluasan 8.6 relong. Blok baru ini mula digunakan pada tahun 1976 dan dirasmikan pembukaannya oleh DYMM Tuanku Raja Perlis pada 23.1.1977. Guru Besar pertamanya ialah Encik Othman B. Daud.
Pada tahun 1983 ditambah satu blok lagi mengandungi 7 bilik darjah, 1 bilik TV dan sebuah perpustakaan.
Sekolah berkembang lagi dengan pembinaan sebuah blok 5 darjah di bawah projek gotong-royong pada tahun 1986 dan sebuah lagi pada 1988 yang kemudannya dijadikan blok Prasekolah pada 6.1.1992.
Pada tahun 1995 dua blok bangunan asrama dibangunkan. Sekolah seterusnya membangun lebih besar dengan terbinanya bangunan 4 tingkat pada tahun 1998 dan digunakan pada tahun 2000 setelah siap dibina. Pada tahun 2002 sebuah makmal komputer telah didirikan dan terus digunakan pada tahun yang sama.
Hingga kini sekolah telah mempunyai infranstruktur yang mencukupi dan kemudahan yang memuaskan. Bilangan pelajar ketika ini ialah seramai 615 orang dan 50 murid Pra sekolah


MENGENALI PSS

Pusat sumber SKBB mempunyai beberapa buah bilik utama seperti perpustakaan, bilik BBM, bilik tayangan, bilik SAL, bilik muzik, bilik akses, makmal komputer dan bilik BOSS yang menjadi pelengkap kepada penggunaan serta perlaksanaan sumber P&P.

JAWATANKUASA INDUK PSS


Pengerusi : En. Fadzil Hajazi b. Ismail

Naib Pengerusi : Pn. Hasmah bt. Bidin

Setiausaha : En. Laksamana b. Saad

AJK : Semua ketua panitia



JAWATANKUASA KERJA PSS

Pengerusi : Pn. Hasmah bt. Bidin

Setiausaha : En. Laksamana b. Saad

AJK : Pn. Noraishikin bt. Abdullah

Pn. Norsyafida bt. Daud

Pn. Norsahaliza bt. Ahmad Saidin

En. Che Rasaidi b. Che Yob


OBJEKTIF

1. Memupuk tabiat membaca tidak kira dimana sahaja.

2. Melatih murid menggunakan kemahiran maklumat dalam proses P&P

3. Menggalakkkan pelajar dan guru menggunaan pelbagai kaedah untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.

4. Menjadikan budaya membaca sebagai amalan hidup.

5. Menyemai sikap sayangkan buku di kalangan murid.

WAKTU OPERASI

Isnin - Khamis : 7.40 pagi - 1.40 petang
Jumaat : 7.40 pagi - 12.10 tengah hari

KEAHLIAN

1. Semua guru, staf sokongan dan murid SKBB.

2. Mempunyai kad keahlian yang dilengkapi gambar dan kod bar.

3. Kad keahlian tidak boleh ditukar milik.

4. Kad keahlian yang rosak atau hilang boleh diperbaharui dengan kadar bayaran tertentu.

AKTIVITI TERKINI

1.Pelantikan pengawas PSS (Januari 2009)
2.Kem kepimpinan pengawas sekolah, pengawas PSS, ketua dan penolong ketua darjahdan pembimbing rakan sebaya motivasi pengawas PSS (24 Januari 2009)

3. Oreantasi Penggunaan PSS untuk tahun 1 (6 Januari 2009)