
Sekolah juga bermula sebagai cawangan Sekolah Kebangsaan Dato’ Kayaman, Chuping, Perlis. Muridnya terdiri dari murid darjah satu hingga darjah tiga sahaja.
Pada tahun 1975 Kementerian Pendidikan Malaysia telah mendirikan sebuah sekolah baru yang mengandungi satu blok bangunan dua tingkat, sebuah kantin dan padang permainan di lokasi baru (sekarang) dengan keluasan 8.6 relong. Blok baru ini mula digunakan pada tahun 1976 dan dirasmikan pembukaannya oleh DYMM Tuanku Raja Perlis pada 23.1.1977. Guru Besar pertamanya ialah Encik Othman B. Daud.
Pada tahun 1983 ditambah satu blok lagi mengandungi 7 bilik darjah, 1 bilik TV dan sebuah perpustakaan.
Sekolah berkembang lagi dengan pembinaan sebuah blok 5 darjah di bawah projek gotong-royong pada tahun 1986 dan sebuah lagi pada 1988 yang kemudannya dijadikan blok Prasekolah pada 6.1.1992.
Pada tahun 1995 dua blok bangunan asrama dibangunkan. Sekolah seterusnya membangun lebih besar dengan terbinanya bangunan 4 tingkat pada tahun 1998 dan digunakan pada tahun 2000 setelah siap dibina. Pada tahun 2002 sebuah makmal komputer telah didirikan dan terus digunakan pada tahun yang sama.
Hingga kini sekolah telah mempunyai infranstruktur yang mencukupi dan kemudahan yang memuaskan. Bilangan pelajar ketika ini ialah seramai 615 orang dan 50 murid Pra sekolah
MENGENALI PSS
Pusat sumber SKBB mempunyai beberapa buah bilik utama seperti perpustakaan, bilik BBM, bilik tayangan, bilik SAL, bilik muzik, bilik akses, makmal komputer dan bilik BOSS yang menjadi pelengkap kepada penggunaan serta perlaksanaan sumber P&P.
JAWATANKUASA INDUK PSS
Pengerusi : En. Fadzil Hajazi b. Ismail
Naib Pengerusi : Pn. Hasmah bt. Bidin
Setiausaha : En. Laksamana b. Saad
AJK : Semua ketua panitia
JAWATANKUASA KERJA PSS
Pengerusi : Pn. Hasmah bt. Bidin
Setiausaha : En. Laksamana b. Saad
AJK : Pn. Noraishikin bt. Abdullah
Pn. Norsyafida bt. Daud
Pn. Norsahaliza bt. Ahmad Saidin
En. Che Rasaidi b. Che Yob
OBJEKTIF
1. Memupuk tabiat membaca tidak kira dimana sahaja.
2. Melatih murid menggunakan kemahiran maklumat dalam proses P&P
3. Menggalakkkan pelajar dan guru menggunaan pelbagai kaedah untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.
4. Menjadikan budaya membaca sebagai amalan hidup.
5. Menyemai sikap sayangkan buku di kalangan murid.
WAKTU OPERASI
Isnin - Khamis : 7.40 pagi - 1.40 petang
Jumaat : 7.40 pagi - 12.10 tengah hari
KEAHLIAN
1. Semua guru, staf sokongan dan murid SKBB.
2. Mempunyai kad keahlian yang dilengkapi gambar dan kod bar.
3. Kad keahlian tidak boleh ditukar milik.
4. Kad keahlian yang rosak atau hilang boleh diperbaharui dengan kadar bayaran tertentu.
AKTIVITI TERKINI
1.Pelantikan pengawas PSS (Januari 2009)
2.Kem kepimpinan pengawas sekolah, pengawas PSS, ketua dan penolong ketua darjahdan pembimbing rakan sebaya motivasi pengawas PSS (24 Januari 2009)
3. Oreantasi Penggunaan PSS untuk tahun 1 (6 Januari 2009)
3. Oreantasi Penggunaan PSS untuk tahun 1 (6 Januari 2009)
No comments:
Post a Comment