Setiap teks memerlukan pembaca. Pembaca mungkin sebuah komputer atau seseorang. Konsep pembaca aktif berasaskan interaksi di antara sesuatu teks dan seorang pembaca. Kita merupakan pembaca aktif apabila kita membaca untuk kefahaman dan maksud. Membaca secara menghafal, membaca untuk mengingati dan mengulang. Mereka tidak berusaha untuk memahami apa yang ditulis atau dibaca. Kita berkata seseorang membaca dengan aktif kerana sebahagian daripada teks, bergantung kepada input pembaca. Berlaku lebih bacaan daripada teks dan pembacalah yang membuat perbezaan itu. Kita memahami tentang dunia kita tinggal melalui pengetahuan kita mengenainya. Oleh yang demikian, jika kita mempunyai perbendaharaan kata yang lebih untuk menerangkan objek, manusia dan situasi, interpretasi apa yang kita baca berbeza, berbanding seseorang yang mempunyai perbendaharaan kata terhad. Kita memahami tentang hidup dengan bergantung kepada kecekapan bahasa kita serta pengetahuan kita mengenai dunia. Jika kita tidak biasa dengan sesuatu situasi, kita tidak akan dapat memahaminya. Biasanya, kita cuba memahami sesuatu situasi baru dengan menggambarkan penggalaman masa lampau kita. Kita menggunakan pengetahuan masa lampau kita untuk memahami masa sekarang. Jika situasi itu sama dengan pengalaman masa lampau kita, kita fikir kita tahu mengenainya. Kita membuat kesimpulan. CONTOH 1 Kadang-kadang, kesimpulan pertama kita mungkin salah. Ini disebabkan oleh beberapa faktor. Perbezaaan budaya dan bergantung kepada yang diketahui, boleh menyebabkan kita membuat kesimpulan yang salah. Jadi, kita mesti menilai semula atau memikir semula konteks situasi berkenaan. CONTOH 2 Bagaimana menjadi pembaca aktif? Untuk menjadi pembaca aktif: Anda mesti membaca dengan minat dan mempunyai keinginan untuk memahami. Fikir mengenai apa yang anda sedang baca. Bangkitkan imej yang telah dilakar oleh penulis. Cuba bayangkan diri anda di tempat kejadian. Anda mesti membaca dengan kritikal. Nilai, apa yang anda baca. Jika ianya teks fiksional, bolehkah anda mengaitkannya dengan diri anda? Adakah penulis menyampaikan cerita dengan baik? Adakah cerita itu menyakinkan? Mengapakah penulis memilih untuk menceritakannya? Bolehkah anda menceritakan cerita yang sama? Mengapa tidak? Bolehkah anda menceritakan cerita yang serupa? Apakah cerita anda? Jika penulisan berasaskan fakta, berapa tepatkah gambarannya? Adakah penulis objektif? Jika tidak, apakah biasnya? Adakah penulis seorang yang mengetahui faktanya dengan baik? Sebagai contoh, jika anda sedang membaca sebuah biografi, apakah perhubungan di antara penulis dan subjeknya?
No comments:
Post a Comment